ASTRONAUT*
|
|
Tulisan dalam Tulisan

Tutorial kali ini pula berkisah tulisan dalam tulisan.


ini dia beberapa langkah mudah:

(1)-Buka Photoshop anda
    -File > new (Ctrl+N) / (Cmd+N)
    -Fill Backgroud dengan warna yang anda suka

(2)-Tulis satu huruf menggunakan type tool (T)
     -Pilih tulisan kegemaran anda, saya menggunakan 'Levenim MT'
     -Pilih saiz tulisan anda dan warna

(3)-Dengan menggunakan type tool lagi, tulis apa sahaja yang anda suka
     -Saiz tulisan mestilah lebih kecil daripada saiz tulisan sebelum ini
     -Anda boleh rujuk pada gambar

(4)-Click pada layer tulisan kedua anda
     -Tekan (Ctrl+T) / (Cmd+T) untuk transfrom
     -Kecilkan tulisan anda seperti didalam gambar
     -setelah anda berpuas hati, click 'Enter'
     -Tujuan nya ialah untuk memastikan tulisan kedua anda tidak terlalu jarak atau pun besar dan dapat mengemaskan lagi tulisan anda

(5)-Pada layer tulisan kedua juga, 'right click' pada layer tersebut
     -Click pada 'Rasterize Type'

(6)-Click pada layer tulisan pertama anda
     -Tekan (Ctrl+left click) / (Cmd+left click)pada 'thumbnails' di layer anda
     -Tujuannya ialah, untuk 'select' tulisan pertama anda
     - Anda boleh melihat gambar di bawah

(7)-Pergi ke select > inverse / (Ctrl+Shift+I) / (Cmd+Shift+I) untuk inverse select

(8)-Click pada 'mata' di layer tulisan pertama anda
     -kemudian Click pada layer tulisan kedua anda

(9)-Tekan 'Backspace' untuk delete bahagian yang tidak diperlukan
     -Bentuk tulisan anda sudah terhasil
     -Tekan (Ctrl+D) / (Cmd+D) untuk deselect


(10)-Click pada button 'create new layer' di bawah kanan

(11)-Click pada Gradient tool (G)
      -Pilih warna kegemaran anda di atas kiri anda
      -kemudian, tarik mengikut sedap tangan anda
      -Warna akan terhasil



(12)-Kemudian tekan 'right click' pada layer gradient anda
      -Pilih 'create clipping mask'
      -Dan inilah hasil nya





























(1) comments
Posted on: Thursday, December 8, 2011
>>
Find NOHANAN on Facebook // Twitter // Tumblr